Dari Pengutip Sampah Akhirnya Berjaya
Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah keajaiban dan rezeki milik seorang gadis dari kemboja ini Sophy Ron yang membesar di kawasan pembuangan sampah kerana terpaksa mencari rezeki buat sekeluarganya dan akhirnya berjaya mencapai kejayaan luar biasa.
Sophy Ron berasal dari Phnom Penh, Kemboja. Ketika usianya 11 tahun, dia tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sekolah.
Sophy menghabiskan masa setiap hari selama hampir sedekad di tempat pembuangan sampah dan menghidu bau busuk toksik semata-mata ingin membantu kedua ibu bapanya mencari wang.
Rutin hariannya mengutip sampah dan menjualnya dari pagi hingga lewat petang dan kemudiannya pulang ke rumah dengan membawa sedikit wang untuk keluarganya.
Ibubapanya pula, melakukan kerja yang sama tetapi keluar pada waktu malam dan Sophy pula keluar pada waktu siang.
Tapak pelupusan sampah adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka sekeluarga. Mereka kadang-kadang hanya memperoleh satu dollar sehari.
Sophy berkata” Tinggal di tempat pembuangan sampah, tidak mempunyai arah hidup yang jelas hanya hidup dari satu hari ke hari yang lain dan mengikut apa yang orang lain lakukan.
Beliau sedar ada kehidupan yang lebih baik diluar sana tetapi tidak mempunyai peluang.
Negara Kemboja merupakan negara yang berada di tangga ke-46 antara negara paling miskin di dunia dan terletak diantara negara Thailand, Laos dan Vietnam.
Beberapa dekad lamanya beribu-ribu orang telah terperangkap dalam kemiskinan tinggal di tapak pelupusan sampah yang terkenal di kemboja.
Meskipun perjalanan hidupnya bermula dari tempat pembuangan sampah, namun Sophy Ron dari Phnom Penh, Kemboja ini telah berjaya membuktikan dia mampu mencapai kejayaan luar biasa.
Kini, nasibnya berubah apabila berjaya mendapat biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di universiti melbourne, Australia.
Sophy Ron, merupakan antara anak kemboja yang pertama, diselamatkan oleh cambodian children’s fund.
Scott Neeson merupakan pengasas cambodian children’s fund, sebuah organisasi yang bertujuan untuk menyediakan pendidikan dan bantuan kepada komuniti paling miskin di negara itu.
Ia ditubuhkan bagi membawa keluar kanak-kanak daripada kemiskinan melalui pendidikan dan berpeluang untuk mencipta kejayaan luar biasa.
Apabila scott bertemu dengan Sophy, ketika itu beliau baru berusia lapan tahun, Dia bertanya kepada Sophy “adakah Sophy ingin belajar bahasa inggeris?. kemudian Sophy hanya berkata “ya”, mahu belajar bahasa inggeris, tetapi dalam pada masa sama Sophy tidak mengerti apa itu bahasa inggeris.
Lalu scott tersenyum dan memberikan kad namanya kepada Sophy dan berjanji untuk membawa Sophy ke sekolah.
Ibu Sophy memberitahunya bahawa “anda harus berjanji untuk membawa anak perempuannya belajar ke sekolah.
Disitulah permulaanya apabila beliau dibawa keluar dari
kemboja ke melbourne, Australia untuk belajar.
Mereka menyediakan segala-galanya, tempat tinggal seperti bilik tidur, tempat mandi dan makan minum secukupnya.
Beliau sangat teruja dan sukar mempercayainya tapi itu
lah sebenarnya yang beliau sedang lalui.
Perubahan yang begitu besar bermakna bahawa sophy sedang mengalami kehidupan seperti yang sepatutnya.
Sophy mempunyai ramai rakan mereka sangat menyokongnya dan membantu apa yang dia lakukan. Ramai guru sangat menyenangkan beliau, mereka memberi tunjuk ajar apa yang salah dan apa yang betul.
Tahun keduanya di Universiti melbourne beliau memilih
untuk belajar dalam bidang “perhubungan antarabangsa” diusianya 21 tahun.

0 Response to "Dari Pengutip Sampah Akhirnya Berjaya"
Catat Ulasan